Tuesday, September 16, 2008

TENTANG DIRI KU

NAMA Mohd Aish Abdul Aziz mungkin ramai yang kurang mengenalinya. Tapi bila di sebut Aris Aziz, ramai peminat lukisan tahu akan nama tersohor ini. Beliau bukan sahaja seorang seniman yang hidup matinya dengan lukisan, tetapi juga seorang ahli falsafah yang mempunyai banyak idea-idea bernas untuk dikongsi bersama. Bila berbicara dengan tokoh ini, bukan soal lukisan sahaja yang sering dibicarakan, namun segala topik termasuk politik, sosial dan agama menjadi minatnya.
Aris Aziz dilahirkan di Perak pada tahun 1951. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi Trong dan Sekolah Agama Bendang Siam, Taiping. Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya di Madrasah Yahyawiyah Perguruan Padang Rengas, Kuala Kangsar.
Aris Aziz adalah seorang yang berpendidikan agama dan sudah layak bergelar ustaz, namun beliau lebih berminat memilih jalan untuk menjadi seorang pelukis. Baginya melukis juga satu kerja dakwah yang boleh membawa kesan yang baik kepada masyarakat. Menurutnya, berdakwah dan berbakti kepada agama bukan sahaja kepada golongan ustaz atau kiyai, Apa saja kerjaya yang baik untuk masyarakat apatah lagi yang membawa kesan yang baik kepada orang ramai, juga satu dakwah untuk manusia.
Namun, beliau bukanlah melalui jalan mudah untuk mencipta nama sebagai pelukis tersohor dan dihormati ramai. Perjalanannya bermula di kaki lima Jalan Ampang sebagai pelukis jalanan sudah cukup memeritkan. Namun ketabahan dan nawaitu kuatnya membuahkan hasil apabila beliau menjadi berjaya menjadi saudagar lukisannya sendiri di Pasar Budaya, Kuala Lumpur melebiji 20 tahun lamanya.
Aris Aziz yang terkenal dengan lukisan Monalisa Tua (lukisan asal Leonardo da Vinci) dan beberapa lukisan masterpiecenya yang lain telah berjaya mengadakan pameran di dalam dan luar negara sepeti Pameran Lukisan di Kedutaan Peranchis (1979), Pameran APS (1981), Pameran Mustika Malaysia Genting Highland (1981), Pameran Lukisan Warisan di Hotel Equatorial (1982), Pameran Terbuak Balai Seni Lukis Negara (1984), Figuratis APS, Selangor Pewter (1984), Cat Air APS (1984), Cipta Seni UKM (1985), Self Tough Artiste (1985), Pameran Pelukis ARYATY, Sabah (1986), Spektrum Langkawi (1991) dan yang terbaru di Jepun melalui World Art & Culture Exchange Malaysia-Japan di Jepun Tokyo, Nagoya dan Osaka Oktober(2007) dan World Earth Aid, Painting & Photography Exhibition di World Trade Centre, Taito Hall Tokyo, Jepun (2008).
Melalui pengalaman yang cukup hebat itu, Aris Aziz yang hidup matinya dengan lukisan bukan sahaja boleh menjadi ikon kepada generasi muda yang melewati bidang catan ini namun harapan agar kerajaan dapat memberi perhatian kepada agenda si seniman ini agar segala karyanya dapat memberi sesuatu untuk kita dan negara Malaysia khususnya.

CATATAN KHUSUS WAKTU MULA MELUKIS POTRET DI JALAN MELAYU. DISITU JUGA TERLETAK NYA WISMA YAKIN.

Mula melukis disitu bersama sahabat baik saya dan dia juga seorang pelukis berbakat besar. pandai BATIK. pandai KHAT dan bermacam lagi SALLEH DAWAM. mungkin tak ramai mengenali dia ni. Pelukis Pelukis Malaysia kalau tak kenal Salleh Dawam tak lama lah tu. O. K lah.
1982 Saya dengan Salleh Dawam ni kehulu kehilir mencari peluang kalau kalau ada orang nak tempah lukisan. Maklum lah zaman tu Kuala Lumpur baru nak BANGUN. La ni dah bagus, itu tanda nya kuat kerja. Pergerakan kami terbantut kerana apa yang di fikirkan semua nya menemui jalan buntu.
Akhir kami mengambil keputusan untuk melukis potret di Jalanan tempat orang ramai berpusu pusu. Jalan Melayu menjadi pilihan sebab ketika itu tempat yang paling sibok macam macam jenis manusia ada di situ. Percubaan hari pertama kami mula menunjukkan tanda positif. di pendekkan cerita bertali arus lah tempahan potret yang kami dapat.
Ya lah di kita cuba mulakan penghidupan di situ juga ada halangan. Penguat Kuasa DBKL menghalang kami dan tidak membenarkan melukis disitu, nada mereka agak keras. Melukis tak Boleh apatah lagi menjual. Apa masalah nya kami tidak menganggu lalu lintas dan tidak mengotor tempat yang dah kotor tu. Kalau ada lesen boleh.. Aduh melukis nak pakai lesen pulak setahu saya negara mana yang guna lesen untuk melukis nih. tapi saya tak hairan Kuala Lumpur ketika itu masih penuh dengan Setinggan. Mungkin pengaut Kuasa tu dari kampung setinggan. Sekarang pun masih tak berubah. Yang hairan nya orang luar datang melancung akhir dah buka gerai guna tong kotak dah boleh niaga. Lantak Korang lah.
Tak berapa dari hari pertama kami Lukis di situ. Jalan Melayu!!!!!!!!!!! itu Jalan Melayu!!!!!!!!!!
itu Lah Jalan Melayu wahai Penguat Kuasa. Faham tak.
Hadir sahabat baru saya JOHARI ALIAS dan RAJA MUHAMAD kemudian ramai lagi akhir budaya melukis potret di Jalanan kembang keseluruh Negara. Kan dah jadi satu peluang untuk manusia mengatasi masalah kehidupan. SYUKUR ALHAMDULILLAH, RASA NYA TUHAN MEREDHAI USAHA KAMI NI....
bersambung..........................

No comments: