Tuesday, August 31, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Kampong Nelayan



Kampong Nelayan Tradisi ini telah lupus ditelan zaman,bayangkan terasa pahit perih nya kehidupan yang diharungi dalam keadaan rumah daif, dapat kita andaikan penghuni nya sekadar mampu mencari rezeki untuk makan sahaja. Pendidikan dan sebagai nya menjadi mimpi yang tak sudah......

Walau apa pun keadaan ini telah pun berubah, Nelayan sudah mendapat tempias dari kemajuan. Tak lah teruk sangat.

Laut

Tuesday, April 13, 2010

Limpahan akrilik atas kanvas



Lukisan ini dihasilkan hanya menerusi alam fikir sahaja, walau apa pun tempat begini seringkali saya kunjungi. Anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini harus dijaga sebaik mungkin agar generasi akan datang merasakan betapa hebat nya kebesaran yang MAHA ESA

Monday, April 12, 2010

Kampong (Acrylic On Canvas) 5' X 3'



Kampung di Sawah. Satu satu nya warisan turun temurun, jika tiada petani dan sawah bagaimana harus melansungkan kehidupan dengan sempurna, jasa para Petani amat bererti tidak ternilai, Saya sendiri pernah bekerja sawah menuai dan sebagai nya, ianya bukan kerja ringan sambil lewa, tumpah keringat tidak terhingga, miang jerami padi menjadi gatal dan pedih seluruh badan apabila peloh bercampur...