Inilah seawalnya aku bermula menghunjamkan diri kedunia Pelukis, menjadi Pelukis tak boleh cari makan. Ini pendapat sesetengah masyarakat Melayu yang belum terbuka minda, hanya yang difikirkan soal makan. Maka dengan itu apa yang kita ada kalau hanya menjadi setinggan sekadar menjadi kuli kepada Orang, maksud nya: Siapa kah yang menguasai Kuala Lumpur dalam bidang ekonomi. Ujud nya setinggan kerana kemelesetan ekonomi, orang orang kampung berhijrah ke Kuala Lumpur berbekalkan harapan yang tidak pasti. Jadi untuk meneruskan hidup di pelusuk Kota ini amat sulit mahu tak mahu jadi lah diri yang mulia ini yang terbitnya dari Rahim Ibu Tercinta, akhirnya kita menjadi seorang kuli. Nasib tak baik hari hari kita dimaki hamun oleh si AH CHONG.
Berbalik soal menjadi pelukis. aku tidak hairan apa saja pandangan yang tidak berguna atau negatif semua aku tong sampahkan. Melukis di Jalan Ampang ketika itu 1973 kenderaan yang mampu untuk aku muat Lukisan hanya sebuah beca milik ayah, guna untuk kepasar borong Jalan Ipoh. Aku bangga pada ayah berhijrah ke Kuala Lumpur menjadi peniaga kedai runcit kecil kecilan. Kepulangan ayah dari Pasar Borong setiap hari aku nantikan, sesudah beca di kosongkan, walaupun masih hanyir bau ikan aku terus muatkan seberapa banyak yang boleh lukisan yang telah siap (Lukisan Pemandangan) tanpa berlengah aku terus berkayuh ke Jalan Ampang berhadapan Balai Seni Lukis Negara. Nama sebenar Bangunan Balai Seni Lukis Negara tu ia lah DEWAN TUANKU ABDUL RAHMAN. Parlemen pertama tak salah saya mesyuarat Kabinet pertama pada tahun 1955 disitu.
DEWAN TUANKU ABDUL RAHMAN dah tak disebut lagi. Ini lah satu keanehan yang berlaku, kita mudah melupakan Sejarah. Sekarang dah jadi Pusat Penerangan Pelancungan (MTIC). dan ada beberapa Unit Panggung untuk kegunaan para pengiat seni Teater dan berbagai lagi.
bersambung...........
1 comment:
waktu tu aku baru saja pulang dari studi di Jogja. teringat siapa pelukis yang melukis dibawah pokok besar tu.....
rupa rupanya kita dah dimakan usia
Post a Comment